Wednesday, December 11, 2013

YEAH !!!!

Assalammualaikum ... 
Terasa lama sangat tak buka blog ni .. banyak pembaharuan . tapi nak buat macam mana , sebelum ni sibuk dengan persiapan SPM . tapi sekarang shirah dah freedom ... haha . cam tak caya dah habis sekolah mesti kenangan di sekolah susah dilupakan . shirah tak tahu cam ne nak cakap . sekarang ni pun dah terasa rindunya . shirah harap sangat kawan2 shirah tu akan kekal menjadi sahabat shirah untuk selamaya especially all my best friend . shirah harap Allah akan panjangkan persahabatan ni hingga ke akhir hayat dan walaupun kitaorang terpaksa berpisah disebabkan takdir yang menentukan begitu , kitaorang tetap dapat bersama untuk selamanya , InsyaAllah ,, huhu tiba-tiba feeling lebih pula petang ni , shirah rasa dah cukuplah shirah  tulis . lebih baik shirah stop sebelum air mata mengalir . huhuhuhu

gambar terbaru selepas bergelar lepasan SPM 2 minggu yang lalu 

Saturday, July 20, 2013

InsyaAllah ...

Assalamualaikum ... 
Lme rasanya tak update blog shirah ni . sebabnya shirah fikir blog shirah ni ah kena HACKS .. kawan shirah cakaplah .. tutt .. tutt .. kali ni buka boleh  pulak .. Alhamdulillah . shirah rasa lega sikit sebab kalau betul lah apa yang kawan shirah cakapkan tu , memang tak delah shirah nak buat blog semula . Enough is enough ... Disebabkan kelapangan masa sekarang ni ( sebenarnya tengah sibuk buat juadah buka puasa ) sambil tengok hindustan ni , apalah salahnya nak update sekejap kan . hari lain shirah dah ta de masa dah .. Hari ni sekolah ganti untuk Deepavali , so shirah pun baru balik sekolah lepas zuhur tadi . sangat best kelas hari ni sebab tak ramai . Nak dikatakan separuh pelajar sekolah je yang datang . Ok kita stop pasal sekolah ni semua ...

Tujuan sebenarnya just nak share perasaan shirah sekarang ni yang tak lama lagi akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM lepas raya nanti . Tak tahulah apa yang perlu shirah gambarkan sekarang . Tahap persediaan shirah sekarang mugkin 50% baru sebabnya nak datang shirah ni baca buku tak lah sangat tapi adalah sikit-sikit . hehe .. Cuti sabtu ahad ni kena siapkan kerja kursus akaun yang sepatutnya beberapa bulan yang lalu kena hantar . Tapi siapa yang tak kenal shirah tahap kemalasan pasal hal-hal macam ni kan ... But don't be faster to judge me . Shirah dah siapkan separuh darinya . Tinggal lagi suku part yang belum siap . Masih dalam proses .. hehe ..

Ok shirah rasa malas pula nak cerita panjang-panjang sebabnya mata ni sekejap pandang tv tengok cerita hindustan ni ... bestlah pula . petang nanti ada cerita hindustan lagi .. Mohabbatien ( betul kot ejaannya) .. So hari ni akan menyaksikan cerita hindustan saja tapi sebenarnya setiap hari sabtu memang ada cite hindustan yang best-best ... Jangan sampai tak pergi sembahyang terawih malam ni sudahlah kan ? Ok lah ...

Wassalam ...

Selamat menjalani ibadah puasa & selamat berbuka puasa !!!!

with my beloved brother !!

Thursday, June 20, 2013

Result Exam and Target !!!

Assalamualaikum ... Lme rsenya tak update blog shirah ni . ehmm entahlah sebab apa tapi yang pasti mungkin dsebabkan hal sekolah rsanya . Yelah sekarang ni dah msuk pertengahan bulan 6 so kena serius belajar sikit nak SPM tu !!!!! Dlam hati ni rasa gembira sebab dah nak habis sekolah tapi risau untuk menempuh SPM tu ... Tapi x pe untuk masa depan , kenalah laluinya kan ?

Bulan lepas telah pun selesai peperiksaan pertengahan tahun SPM .... keputusan belum keluar lagi tapi mengikut markah dari semua kertas peperiksaan shirahlah kan , shirah rasa ok tapi markah menurun ... huhuhu ... tak tahu nak cakap macam mana . Tapi harap-harap kedudukan dalam kelas nanti tak turun ... sebabnya nanti ibu bapa kena datang sekolah .. shirah takut ayah tanya pula kenapa markah turun . ni mesti shirah main-main kan ? hem entahlah , padahal exam hari tu dah beria belajar sampai terpaksa bangun pukul 4 pagi nak belajar . Mungkin caranya tak kena kut kan ? x pelah masih boleh berusaha lagi .

Sesuatu telah berlaku semalam di mana cikgu panggil nama shirah di perhimpunan . Shirah tak tahu kenapa tapi lepas perhimpunan , shirah pergilah jumpa cikgu tu then dia cakap shirah antara salah seorang pelajar target . Tapi yang lainnya, ni bukan sekolah yang target tapi jabatan .. Oh my God ! What i must do ? shirah tak sangka sangat . Selama ni shirah cuma fikir kalau kita jadi pelajar target , susah sangat sebab tanggungjawab yang diberi tu berat sangat . Shirah tak tahulah sama ada shirah mampu ke tidak nak pikul tanggungjawab tu tapi shirah akan cuba dulu sebabnya lepas ni shirah ada 8 bengkel yang kena hadiri untuk mantapkan matapelajaran yang shirah ambil ... banyak kan ? Tapi demi mencapai target yang ditetapkan , shirah kena buat dan usaha lebih untuk mencapainya .. 

Doakan semoga shirah akan berjaya dalam SPM yang tinggal hanya beberapa bulan saja ni .. Semoga shirah   dapat mengembirakan ibu bapa shirah dengan kejayaan yang shirah kecapi serta dapat mencapai cita-cita shirah yang nak melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi pula lepas ni . InsyaAllah ... Doa mak abah sentiasa bersama shirah .. Amin ...

Monday, May 13, 2013

Selamat Hari Ibu ...

Assalamualaikum ... Tajuk yang sangat menarik untuk hari ini .. Sempena hari ibu shirah ingin menulis risalah about my mom ... kepada ibuku yang bernama Rodziah binti Abdul Murad yang sangat kucintai dan yang paling ku sayangi ... walaupun mak selalu marah-marah dan membebel setiap hari tapi shirah tahu itulah peranan sebagai seorang ibu yang harus sentiasa menasihati anak-anaknya . Shirah ni jenis yang tak tahu nak luahkan sesuatu . So shirah cuma tulis di fb apa yang tersirat dalam hati ni . Then, tag fb my mom and my mom dah pun bacanya . And mak shirah cuma like nya saja . Tapi shirah tak kisah sekurang-kurangnya shirah dah luahkan dan dah jalankan tanggungjawab shirah untuk buat mak happy ... Mungkin lain kalilah shirah akan ada keberanian untuk luahkan terus pada mak . Buat masa sekarang ni memang tak boleh . huhuhu ... jadi kepada anda semua yang tidak berani macam shirah ni , kita kan sekarang ni hidup dalam dunia teknologi , so kita pun kena berfikiran kreatif sikit . hehe pandai sangat nak nasihatkan orang lain kan . Tapi kalau nak berkongsi tak salah kan . So shirah rasa shirah dah tak ada yang nak dikatakan lagi , shirah cuma berdoa moga shirah menjadi anak yang solehah dan akan sentiasa dibawah penjagaan iman yang tinggi untuk terus menyayangi dan menjaga mak dan abah hingga akhir hayat . Aminn ....



Wassalam ....

Thursday, April 25, 2013

Cinta ..

Assalamualaikum w.b.t ... tajuk shirah hari ini agak mengancam ye . Tak pe kan sekali-sekala nak berfeeling-feeling sekejap . Apa orang kata tu ? Jiwang? hem .. shirah kalau ada kawan yang bercakap tentang cinta , shirah tak rasa apa2 .. huhu . bukan sebab shirah tak ada perasaan cuma shirah fikir untuk apa nak cerita pasal cinta yang tak tahu ke mana arah tujunya tu . Shirah percaya pada jodoh yang telah disediakan oleh Allah untuk kita . Allah telah tetapkan jodoh yang baik untuk kita dan InsyaAllah akan membimbing kita ke jalan kebaikan . 

Apa itu cinta ?


Haa... itulah cinta ... susah untuk kita mencari sejati di atas muka bumi ini .. Shirah percaya pada cinta tapi shirah lebih percayakan cinta selepas kahwin yang dikatakan lebih barakah .. Banyak nikmat yang kita peroleh dari cinta selepas kahwin . Jadi kepada yang sedang hangat bercinta sekarang ni , ingatlah adakah cinta itu cinta yang diredai oleh Allah ? Hanya Allah yang tahu .. Kalau niat di dalam hati itu baik , InsyaAllah Allah akan memberkati cinta kalian itu . Shirah sarankan kepada akak2 di luar sana yang sedang bercinta tu , cuba tanya kepada pasangan anda , apa yang dia harapkan dari hubungan kalian ? Adakah dia berniat ingin menjadikan anda permaisuri hidupnya @ sekadar ingin menunjuk-nunjuk ? Maaflah kalau setiap apa yang shirah perkatakan ini menyinggung perasaan pembaca2 semua ... macam ramai je .. hehe .. Shirah hanya mengemukakan cadangan dan pendapat shirah sendiri saja . Tidak melibatkan sesiapa pun ... 


Berserah segala-galanya pada Allah adalah jalan terbaik untuk kita . Tidak perlu kita menggunakan perkhidmatan syaitan untuk mendapatkan cinta . Berdoa dan bertawakkal adalah jalan penyelesaiannya . Allah sentiasa tahu apa yang tersimpan di dalam hati kita . Biarlah kita menyembunyikan perasaan cinta daripada menghebahkannya kepada khalayak ramai . 

Wahh .. terlebih feeling shirah hari ni . sekadar berkongsi pendapat kepada orang lain agar tidak lupa kepada Allah . Cinta abadi kita sebagai umat Islam ... 


Sekian saja dari shirah untuk semua .. haha

Wassalam ...

Saturday, April 20, 2013

What !!!

Assalamualaikum ... Ape maksudnya tittle shirah tu kan ? shirah sebenarnya tak tahu ape nak tulis . Shirah saja nak update blog ni yang sekian lama tak dibuka . Namun  ...cewahh ... shirah rasa shirah tulis jelah ape yang shirah rasa nak tulis kan .. So harap dimaafkan klau apa yang shirah upate tak kena je ... 

So i think i want to write about one face product that i wear since in this month . (maaf klau bhasa inggeris shirah kurang cmerlang ) Produk ni diperkenalkan dari seorang mak cik ni yang kata kulit dia banyak perubahan bila pkai produk ni , so dia suruh shirah try juga . jadi disebabkan rasa hormat dan kepercayaan yang tinggi shirah pun turut serta memakainya . Dan buat masa sekarang , shirah rasa produk ni sangat bagus cuma tak boleh cerita lebih-lebih sebab shirah baru sebulan menggunakannya . shirah hanya boleh ceritakan berdasarkan perubahan awal yang shirah nampak . Ok dah panjang lebar shirah cerita , apa kata shirah perkenalkan produknya . Prouk ni tak terkenal sangat macam produk garnier, nutox or whatever product . produk tradisional yang penuh khasiat buah-buahan tempatan di dalamnya saja . 



Tadaa . nilah produknya . PAPAYA WHITENING SOAP BAHARU !!! Shirah pernah pakai produk ni dulu tapi shirah rasa tak sesuai terus je tukar produk lain . Bila mak cik tu kata dia pakai produk ni , shirah rasa curiga juga tapi shirah cuba pakai dan sabar memakainya . Produk berasaskan betik ni sangat baik tapi bergantung kepada jenis kulit seeorang itu sendiri . So, shirah pun dah tak tahu nak cerita apa lagi .  maybe ini saja yang dapat shirah ceritakan tentang produk ni .Oh ya , tentang harga jangan risau sebabnya produk ni cuma berharga dalam 5 or 6 ringgit shaja ., Tapi di tempat shirah beli ni , harganya cuma RM4 sahaja . Murahkan . Tak perlu berbelanja mahal untuk produk kecantikan . hehe 

Wassalam ...

Tuesday, March 26, 2013

Netball team ...

Assalamualaikum ... Lmanya shirah tak update blog shirah ni kan ..? Disebabkan kesibukan dengan sekolah . Terutamanya pasal tajuk yang shirah tulis kat atas tu . Cer tengok . Cer tengok . hehe . Pada tarikh 18 march 2013 , telah berlangsungnya pertandingan bola jaring di SK Tiara Permai . Perasaan berkobar-kobar untuk main dan memenangi pertandingan dirasai sejak malam sebelum pertandingan lagi . Sampai tak lena tidur ooo ... Tapi Alhamdulillah , kejayaan yang telahdipeoleh pada hari khamis minggu lepas , shirah rasa berpuas hatilah daripada tak dapat tempat kan . Maknanya sekolah shirah pun hebat juga lah kan . heee . I pround with my school okeyyy ..Nak tahu tak perjalan sepanjang hari pertama  pertandingan ini berlangsung . First game , kitaorang bertemu dengan SMK Bandar Baru Ser Petaling . Alhamdulillah kitaorang menang . Tak ingat pulaklah berapa score nya . Game kedua bertemu dengan SMK Seri Cempaka . huhu .. Kami kalah dengan sekolah ni . kalah teruk ooo about 11-1 .banyak tak score diorang ? Banyak kan ? Tapi walau macam manapun , kitaorang masih berpeluang masuk ke suku akhir . Di suku akhir , kitaorang bertemu dengan SMK Seri Petaling . Alhamdulillah kitaorang menang game ni . Happy sangat sebab suku akhir adalah kalah mati . Next game , bertemu dengan SMKTTDI . ketaq lutut jugaklah bila nak lawan diorang . Tapi Alhamulillah kitaorang dapat kalahkan diorang . Ya Allah tak terkata lah bila menang dan secara langsungnya kami dapat tempah nama ke separuh akhir . Dan biasalah dalam pertandingan ni , mesti ada hasad dengki kan . Kitaorang pun tak terkecuali dalam kes ni . Tapi biarlah kan , yang penting kita tak berdendam dengan diorang juga . Tak baik okeyyy ! Jangan  buat okeyy ! 
Dan pertandingan disambung semula pada hari khamis dengan perlawanan separuh akhir . Perlawanan pertama kami bertemu dengan SMK Bandar Tasik Selatan . Kami kalah dalam first game ni . Walaubagaimanapun , kitaorang still want to win . Game kedua bertemu semula dengan SMK Seri Cempaka . tapi kali ni game ni shirah suka sebabnya kitaorang tak kalah teruk macam first day . Walaupun kalah , tapi kalah dengan penuh maruah . Happy dan tak rasa malu sebab kalah . Jadi keputusannya kami mendapat tempat ke-4 .. Jadi pertaningan ini ah pun menutup tirainya . hadiah dan sijil telah kami menangi . Alhamdulillah . Here some picture of me and my friend .

 Ini gambar shirah dan my twin .
Balik naik KTM tau . Kesian kat kami .

Dah tamat . Yehhhh!!!

Nampak tak muka penat shirah( hujung kiri) ..

Kenangan terakhir shirah dengan team netball .. huhu

Hoho .. Tamatlah sudah kisah netball shirah kali ini . Moga terus berusaha untuk memperbaharui tajuk dan jalancerita yang lebih menarik . InsyaAllah ... 

Wassalam ....

Thursday, March 7, 2013

Add Math ...

Assalamualaikum .. hehe tajuk shirah hari ni agak lain skit . ntahlah mood nak tlis pasal add math pulak yang timbul . x pelah kan . semua orang boleh terima kan tajuk ni ? whatever ~ add math satu mata pelajaran yang bagi shirah ianya tak senang dan tak susah asalkan kita tahu cara nak memahaminya . hah ! shirah tahu kenapa tiba-tiba nak tulis pasal add math , sebab esok exam paper add math . mungkin subjek ni dah berlegar-legar dalam fikiran kan . 

Haaah ... nampak tak cara dia tulis formula dan cara untuk faham satu bab tu . hish3 .. serabutnya shirah tengok . kalau lah nota shirah macam ni , mesti lepas dah habis jawab terus remukkan dan buang sebabnya tak faham ape2 pun . X pelah . mungkin ade orang yang selesa buat macam ni . Nak tahu cara shirah buat nota pulak tak ?


Lebih kurang macam nilah nota add math shirah . sangat teratur sebab shirah ni jenis yang susah nak faham pasal kira-kira terutamanya so kenalah buat macam ni supaya bila shirah nak baca balik senang lah .Tulisan dah lebih kurang dah . tak terlalu besar dan tak terlalu kecil . so it mean cute lah kan .? haha terperasan sikit . esok exam add math so kena tengok balik nota semua . then do some exercise to make me more confident for exam tomorrow . cewahh .. hope sangatlah esok . Ya Allah bantulah aku supaya hati dan akal aku mudah untuk belajar dan menerima ilmu . Aminn. oklah sekian saja dari shirah pada petang yang inah ini . hehe jiwang pulak lah petang2 ni . tapi tak pelah sekali sekala kan . hahahaha 


Wassalam ..



Tuesday, March 5, 2013

Pixy UV Whitening ...

Assalamualaikum . berkaitan tajuk di atas . ape tu produk pixy ? mungkin x ramai orang tahu tentang produk pixy ni .Shirah sendiri pun dapat tahu dari kawan yang pernah pakai sebelum ni tpi sekarang dye dah tak pakai dah . nak tukar produk lainlah katakan . Shirah pun tukar produk lain so shirah pilih produk pixy ni . Setakat ke hari ni shirah pakai nampaknya baik sebabnye kalau kte apply bedak dye , muka kte x berminyak pun . First time shirah pakai , Shirah fikir muka shirah akan berminyak sakan tapi bila balik rumah tengok dekat cermin ok je . Nampak tak berminyak pun . Shirah menggunakan bedak nye bila nak ke sekolah  dan produk pixy ni jugak ade foundation tau . biasanya shirah akan apply foundation tu bila nak kluar pergi mana2 ke @ aktiviti shirah pada hari tu terdedah dengan matahari . Ia bertindak seperti sunblock . Memang selesa pakai , feel more confident . 

ni adalah sarung kotak nya . sangat kecil tpi jangan risau , ada saiz besar . shirah saja beli yang kecil , nama pun test pakai . kalau dah serasi baru beli saiz besar pulak kan .

ini pula foundation nya . pun kecil juga tapi sure boleh tahan lama bergantung berapa kali u guna lah . Smooth , boleh apply dengan span kering @ basah dan ada juga yang guna brush . bergantung pada diri sendiri .


So , produk ni setakat ni sesuai dengan jenis kulit shirah . selalunya kalau produk tu tak sesuai dengan kulit , akan muncullah jerawat yang tak diundang . Shirah dah pakai produk ni pada minggu lepas masa pergi kenduri kahwin . Lepas ni u all boleh try pulak . harganya berpatutan . shirah beli hari tu harga kedua-dua sekali RM23 . Di sini disertakan juga gambar shirah sewaktu menggunakan produk ni minggu lepas .




Wassalam ...

Saturday, February 23, 2013

Nisakay ....

Assalamualaikum ... Shirah rse shirah pernah post tentang blogger nisakay yang sangat dikenali sekarang ni . tapi nak post lg sbab post yg dlu tu dah hilang . Well , waktu mula2 buat blog ni , ade problem skit so semua post hilang . Tapi x pe semua tu dah tak penting .Blog dah ok dan shirah sukakan blog shirah yang baru ni . ( walaupun bukan hasil tangan sendiri) ... Ok , straight to the point .
Sebab shirah sukakn blog nisakay ni kerana blog dye ni happening dan banyak informasi penting yang selalu dye upate . dye juga selalu update tentang event yang dye pernah pergi . Suka tengok dan baca post dye . Senang cite shirah panggil dia kak Nisa jelah .,ok .Kalau u all tak tahu lagi blogg nisakay ni boleh tengok di www.nisakay.com ... And shirah suka gaya yang selalu dia pakai di luar . sangat feminin dan cantik . Banyak perubahan pada shirah terutamanya tentang fesyen . Kalau dulu shirah mungkin akan gunakan tudung bawal dan lilit macam biasa orang pakai , but now i know about shawl . Shirah mesti akan beli shawl i luar . Setiap kali keluar mesti shirah akan beli . Tapi kadang2 tak boleh beli selalu sebab mak shirah mesti tak suka .. Yelah almari shirah tu dah penuh dengan tudung dan shawl . Tapi kalau kite tengok gambar2 fesyen terbaru untuk wanita muslimah sekarang ni x salah kan ? shirah sentiasa cuba untuk perbaharui fesyen baju shirah tpi rasanye masih belum berjaya sebab badan makin besar , pipi makin tembam . Banyak baju dalam almari tu saiz dulu . sekarang ni kena cuba saiz lain . huhuhu~ Tapi x pe akan terus usaha untuk kuruskan badan . InsyaAllah .. ehh rasanye dah lari dari topik nampaknye ni .. Biarlah .. ok back to the point with nisakay .. shirah x delah kenal sangat nisakay ni cuma meminatinye . Sekarang yang shirah tahu dia sedang menyambung pelajaran di USM Pulau Pinang for degree .. Gud luck ok . oklah shirah rse x de ape2 lagi yang nak diperkatakan . shirah sertakan gambar nisakay dan nak tumpang sekaki gambar shirah sekali . hehe jangan mare !!!

 Gambar raya tahun lepas !
Nisakay n blognye !

Wassalam ...

Wednesday, February 20, 2013

Story of SPM ...

Assalamualaikum ...
Hehe .. macam serius je tajuk yang shirah tuliskan . Huh ~ Lmenye tak update blog disebabkan laptop yang rosak tapi dah dapat balik semalam . Ok2 bukan itu yang nak diceritakan sekarang ni . 
Seperti yang telah dinyatakan di atas , cewahhh ... ape sebenarnye yang ingin shirah ceritakan sebenarnya kan . Ini sebenarnya . Shirah akan menduduki SPM pada tahun ini . Shirah dah pun mendaftar mata pelajaran untuk SPM baru-baru ni . Nak tahu tak berapa subjek yang shirah ambil dan apakah ia ? jeng..jeng ... jeng ... Shirah amik 10 mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Mathematics,Sejarah,Pendidikan Islam,Fizik,Additional Mathematics,Chemistry,Prinsip perakaunan dan Tasawwur Islam . banyak tak ? tapi shirah rasa ade orang lain yang lebih banyak dari shirah . Apa pendapat shirah tentang mata pelajaran elektif yang shirah ambil ? ( tanya soalan jawab sendiri) haha . Pertama sekali subjek Fizik , nampak senang tapi sukar . Add Math , senang kalau selalu buat latihan . Chemistry , senang kalau rajin menghafal dan buat latihan . (Hehe ...berdasarkan pengalaman sendiri) . Akaun , pun sama macam chemistry  dan akhir sekali , Tasawwur Islam , senang kalau faham jalan cerita yang ingin disampaikan dan selalu membaca dan menghafal . 
Ha.. Macam mana ? shirah rasa setakat ni subjek form 5 ok . Form 4 masih dalam proses ulangkaji . Shirah akan sentiasa ingat ape yang mak ngah katakan untuk berjaya dengan cemerlang .  Semoga Allah akan memakbulkan doa dan usaha yang shirah lakukan . InsyaAllah . Doakan untuk shirah ye ! Lastly, what my target for SPM ? Shirah target 6A 4B+ . InsyaAllah .

Wassalam ...

Thursday, January 31, 2013

Hatiku gelisah...

Assalamualaikum .. hah ape yang gelisah sangat lah shirah ni kan . X de ape2 sbnarnye cuma bila mengetahui bahawa 21 ari blan nnti akan mula exam intervensi 1 SPM , membuatkan hatiku gelisah menantinya . Apa yang mesti shirah buat sekrang ni . Tapi shirah yakin shirah boleh . Allah akan sentiasa ade di sisi untuk membantu . InsyaAllah . I hope u guys also will pray for me for my success soon . (betul ke shirah tulis tu ?) Entahlah. masih berjinak-jinak nak bercakap bahasa inggeris pulak . Disebabkan dah terlalu lambat baru nak practice , memang payahlah kan . Tapi x pe truskan usaha ye shirah . 

Muka ku yang aku tengok pun naik menyampah .
^_^

Saturday, January 19, 2013

Mimpi Si Dia..


Assalamualaikum...
pembukaan dengan gambar shirah yang terlebih happy pulak . Waktu kenduri kahwin my untie pada awal bulan 12 yang lalu . Bukan nak cerita pasal gambar ni sebenarnya .Seperti tajuk yang tertera di atas, shirah nak ceritalah pasal mimpi shirah baru2 ni . Shirah dah jadi secret admirer si dia sejak shirah di tingkatan 1 lagi . Tapi tahun ni shirah form 5 dan si dia dah habis sekolah  tahun lepas . Beberapa hari yang lalu, shirah ada cakap yang shirah x tahu mana dia sekarang and then bila malam shirah mimpikan dia . Shirah x nak cite mimpi tu macam mana tapi jangan salah faham ok. mimpi yang baik2 je . mimpi shirah belajar 1 kelas dengan dia . Shirah sekarang belajar di kelas yang diberi nama 5 Sains 2 . Si dia dulu pun sama kelas dengan shirah . Nampak x persamaan tu ?: hehe kebetulan sajalah . Perasan lebih je shirah ni kan ? Shirah dah janji pada diri ku ini agar melupakan dia seketika bagi memberi tumpuan pada SPM . Cewahhh ! 
Oklah shirah hanya manusia biasa yang mampu berdoa agar dipertemukan jodoh yang soleh dan baik . Itu semua adalah kerja Allah .

Wassalam ...

Wednesday, January 16, 2013

Tak bertegur lebih tiga hari...

Assalamualaikum ...

Well,tak tahu nak tulis ape n td shirah ade buka blog yang memang setiap kali on9 mesti intai blog tu jgak . Blog dari NISAKAY . Shirah rsa akak nisa ni bukanlah asing lagi dalam dunia blogger ni . Shirah pun tak terlepas dari menjadi pengikutnye . Ari ni akak nisa update pasal tajuk yang shirah tulis di atas . Ape agaknye kan ? nah shirah copy paste je dari blog akak nisa .


Hadis mengenai sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa umat yang memutuskan hubungan kekeluargaan tidak akan masuk syurga..

Well.. dalam hidup ni kita ada banyak masalah kan? Ohh abaikan masalah-masalah haiwan dalam topik ini. Saya hendak bercerita mengenai kita, manusia yang tidak lekang dari melakukan kesilapan.. Dalam hidup sehari-hari kita pasti ada melakukan kesilapan.. sama ada sengaja atau tidak.. sama ada disedari atau tidakk..

Alang kan sesama ahli keluarga sendiri pun kita boleh bergaduh, inikan pula dengan rakan-rakan dan kenalan sekeliling. Kita manusia TIDAK SEMPURNA.. Tidak akan ada manusia yang tidak pernah melakukan dosa dan kesilapan.. Begitu juga aku.. Namun pada kebanyakan masanya kita tidak menyedari adakah perlakuan atau percakapan kita telah membuat ada pihak terguris, terasa hati atau membenci kita?

Kita manusia lemah pada dasarnya, terlalu mengikut hasutan syaitan yang ingin melihat anak-anak Adam berpecah belah. Terlalu kita berpegang dan tunduk pada ego, hinggakan ucapan maaf itu kita tidak pernah ucapkan. Aku jugak pernah merasakan begitu. Aku fikir,”Kenapa aku yang kena minta maaf sedangkan pihak yang satu lagi itulah yang bertindak memutuskan silaturahim?”

TAPI pernahkah kita fikir bahawa mungkin pihak yang bertindak sedemikian sebenarnya ada terguris hati dengan kita? Mungkin terdapat perlakuan kita atau pertuturan kita yang telah membuatkan beliau terasa hati? INGATLAH bahawa kita tak boleh expect semua orang untuk get along dengan kita, nak faham kita sedalam-dalamnya dan menurut kemahuan kita sahaja pada setiap masa.. lebih-lebih lagi dengan orang yang kita baru kenal atau baru nak rapat.

Dalam hal sebegini, kita akan merasa bahawa kita tidak bersalah. Tapi pihak yang satu lagi tu pun akan rasa dia juga tidak bersalah. Apabila perselisihan faham berlaku, dan kedua-dua pihak itu ego dan tidak mahu bermuhasabah untuk mencari jalan penyelesaian, maka terjadilah “tidak bertegur sapa”. Dan apabila sudah lebih 3 hari tidak bertegur sapa, maka ianya jatuh hukum berdosa.

See? Allah taknak hambaNYA berpecah-belah sebab baru bermasam muka 3 hari dah dapat dosa kan? Allah sayangkan hamba-hambaNYA, maka dalam Islam sering mengajar kita mengenai keamanan, mengukuhkan silaturahim dan pelbagai nilai murni yang lain. Tapi kita nak ke pergi meminta maaf, walaupun dalam hati kita ni kuat mengatakan “AKU TAK SALAH!”

Rasulullah saw bersabda Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

Dalam islam,kita tak boleh tak bertegur dengan orang lebih dari tiga hari. Kita perlu menegur orang itu walaupun hanya untuk mengucapkan salam,WALAUPUN sebenarnya dia yang memutuskan silaturahim. Selepas kita tegur,tapi dia buat tak tahu je,itu urusan dia dengan Allah,yang penting kita dah usaha.

Di atas merupakan status facebook yang aku maksudkan tadi… cuba kita renung kembali, ada tak kita bermasam muka, berselisih faham sampai tak bertegur dengan kawan-kawan atau ahli keluarga? Kita rasa kita tak salah kan, dan pihak yang lagi satu tu pun begitu juga. Jadi WHY NOT kita yang ambil langkah pertama untuk menjernihkan semula hubungan?

Tak ada rugi kalau kita yang meminta maaf dan menegur semula rakan yang telah bermasam muka dengan kita itu.. Mungkin benar ada salah kita.. atau mungkin ada masalah-masalah yang tidak dijangka timbul. Tidak ada alasan untuk tidak meminta maaf. Malah kalau kita tak bersalah sekalipun, meminta maaf akan meningkat darjat kita sebagai manusia…

Jadi, renung-renungkan ye kawan-kawan dan pembaca yang disayangi sekalian.. Hal yang aku tulis kali ini sedikit sebanyak ada kena mengena dengan aku juga.. Aku juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan…  Dan aku juga ingin memohon maaf dari insan-insan yang mungkin aku telah sakiti sama ada secara sedar atau tidak…

Shirah pun ade kawan yang mempunyai masalah seperti ni . Tak bertegur begitu lama . Bukannye setakat 3 hari tapi rsenye dah masuk berbulan-bulan . Shirah sebagai kawan hanya boleh nasihat sajalah . Yelah siapalah shirah nak nasihat orang lebih-lebih . Ilmu di dada belum cukup tinggi lagi . So, (cewahh!) (Dahlah dekat sekolah tadi first time speaking english dengan cikgu Bahasa Inggeris . Selama 2 tahun belajar dengan dia , tak pernah lagi shirah nak speaking .) Enough,dah lari topik ni . Jadi, Shirah harap artikel yang shirah ambil dari blog orang lain ni , dapat memberi pengajaran kepada kita semua . Semoga Allah sentiasa melindungi kta semua dari sesuatu yang dilaknat Allah . InsyaAllah ...

Wassalam ...

Wednesday, January 9, 2013

Sekolah

Assalamualaikum .. 
Hari ni shirah adalah masa skit untuk update blog ni yg senyap sjak bermulanye sesi pesekolahan mggu lpas . sekrang dah masuk mggu ke-2 , so this is beginning for homework n whatever ! Thun ni x thulah shirah nak kte thun ape tpi yg pasti thun yg perlu lebih serius sebab thun nikan nak SPM . Sepanjang 2 minggu bersekolah ni , adelah perkara yang menyenangkan & x menyenangkan di dalam kelas iaitu :

  • Dilantik menjadi penolong ketua kelas . Memang sesuatu yang x dapat dijangka langsung  untuk jadi penolong . Shirah fdah azam sejak masuk sekolah menengah ni dah pencen nk pegang jawatan tu lagi .Selama 5 tahun berada di sekolah menengah, form 5 baru dapat jawatan ni . x pelah . Agap sajalah ni sebagai 1 kenangan yang boleh dicipta sebelum mengangkat kaki pergi dari alam sekolah menengah ( cewahhh!!) 
  • Classmate baru yamg baru masuk semalam . seorang pelajar lelaki yang nampak macam baik dan bijak . Ada pesaing baru nampaknya ni . So caiyokk2 Shirah . haha . Mungkin bg kwan kelas yang lain dye hensem ehmm bolehlah bg shirah tpi x terpikat pun . tapi teringin nak berkawan macam shirah berkawan dengan orang lain juga . Tapi shirah segan .yelah shirah ni bukan nye sorang yang peramah nak tegur orang yang baru kenal . Tapi i'm sure,soon we will be friend . InsyaAllah ....
Anyway , setakat ni 1 permulaan yang baik di tahun baru ni . yelah baru 2 minggu sekolah . Minggu seterusnya x tahulah cam ne kan . Belang yang disembunyikan sekarang ni akan muncul jugak nnti kan. Hish hish hish ... Tak baik bersangka buruk dengan orang @ sesiapa jelah . Tk mau cm ni shirah .tak mau ..! hehe

TERUS BERUSAHA UNTUK SESUATU YANG HASILNYA AKAN MENGEMBIRAKAN SEMUA