Thursday, April 25, 2013

Cinta ..

Assalamualaikum w.b.t ... tajuk shirah hari ini agak mengancam ye . Tak pe kan sekali-sekala nak berfeeling-feeling sekejap . Apa orang kata tu ? Jiwang? hem .. shirah kalau ada kawan yang bercakap tentang cinta , shirah tak rasa apa2 .. huhu . bukan sebab shirah tak ada perasaan cuma shirah fikir untuk apa nak cerita pasal cinta yang tak tahu ke mana arah tujunya tu . Shirah percaya pada jodoh yang telah disediakan oleh Allah untuk kita . Allah telah tetapkan jodoh yang baik untuk kita dan InsyaAllah akan membimbing kita ke jalan kebaikan . 

Apa itu cinta ?


Haa... itulah cinta ... susah untuk kita mencari sejati di atas muka bumi ini .. Shirah percaya pada cinta tapi shirah lebih percayakan cinta selepas kahwin yang dikatakan lebih barakah .. Banyak nikmat yang kita peroleh dari cinta selepas kahwin . Jadi kepada yang sedang hangat bercinta sekarang ni , ingatlah adakah cinta itu cinta yang diredai oleh Allah ? Hanya Allah yang tahu .. Kalau niat di dalam hati itu baik , InsyaAllah Allah akan memberkati cinta kalian itu . Shirah sarankan kepada akak2 di luar sana yang sedang bercinta tu , cuba tanya kepada pasangan anda , apa yang dia harapkan dari hubungan kalian ? Adakah dia berniat ingin menjadikan anda permaisuri hidupnya @ sekadar ingin menunjuk-nunjuk ? Maaflah kalau setiap apa yang shirah perkatakan ini menyinggung perasaan pembaca2 semua ... macam ramai je .. hehe .. Shirah hanya mengemukakan cadangan dan pendapat shirah sendiri saja . Tidak melibatkan sesiapa pun ... 


Berserah segala-galanya pada Allah adalah jalan terbaik untuk kita . Tidak perlu kita menggunakan perkhidmatan syaitan untuk mendapatkan cinta . Berdoa dan bertawakkal adalah jalan penyelesaiannya . Allah sentiasa tahu apa yang tersimpan di dalam hati kita . Biarlah kita menyembunyikan perasaan cinta daripada menghebahkannya kepada khalayak ramai . 

Wahh .. terlebih feeling shirah hari ni . sekadar berkongsi pendapat kepada orang lain agar tidak lupa kepada Allah . Cinta abadi kita sebagai umat Islam ... 


Sekian saja dari shirah untuk semua .. haha

Wassalam ...

No comments:

Post a Comment