Wednesday, December 11, 2013

YEAH !!!!

Assalammualaikum ... 
Terasa lama sangat tak buka blog ni .. banyak pembaharuan . tapi nak buat macam mana , sebelum ni sibuk dengan persiapan SPM . tapi sekarang shirah dah freedom ... haha . cam tak caya dah habis sekolah mesti kenangan di sekolah susah dilupakan . shirah tak tahu cam ne nak cakap . sekarang ni pun dah terasa rindunya . shirah harap sangat kawan2 shirah tu akan kekal menjadi sahabat shirah untuk selamaya especially all my best friend . shirah harap Allah akan panjangkan persahabatan ni hingga ke akhir hayat dan walaupun kitaorang terpaksa berpisah disebabkan takdir yang menentukan begitu , kitaorang tetap dapat bersama untuk selamanya , InsyaAllah ,, huhu tiba-tiba feeling lebih pula petang ni , shirah rasa dah cukuplah shirah  tulis . lebih baik shirah stop sebelum air mata mengalir . huhuhuhu

gambar terbaru selepas bergelar lepasan SPM 2 minggu yang lalu 

Saturday, July 20, 2013

InsyaAllah ...

Assalamualaikum ... 
Lme rasanya tak update blog shirah ni . sebabnya shirah fikir blog shirah ni ah kena HACKS .. kawan shirah cakaplah .. tutt .. tutt .. kali ni buka boleh  pulak .. Alhamdulillah . shirah rasa lega sikit sebab kalau betul lah apa yang kawan shirah cakapkan tu , memang tak delah shirah nak buat blog semula . Enough is enough ... Disebabkan kelapangan masa sekarang ni ( sebenarnya tengah sibuk buat juadah buka puasa ) sambil tengok hindustan ni , apalah salahnya nak update sekejap kan . hari lain shirah dah ta de masa dah .. Hari ni sekolah ganti untuk Deepavali , so shirah pun baru balik sekolah lepas zuhur tadi . sangat best kelas hari ni sebab tak ramai . Nak dikatakan separuh pelajar sekolah je yang datang . Ok kita stop pasal sekolah ni semua ...

Tujuan sebenarnya just nak share perasaan shirah sekarang ni yang tak lama lagi akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM lepas raya nanti . Tak tahulah apa yang perlu shirah gambarkan sekarang . Tahap persediaan shirah sekarang mugkin 50% baru sebabnya nak datang shirah ni baca buku tak lah sangat tapi adalah sikit-sikit . hehe .. Cuti sabtu ahad ni kena siapkan kerja kursus akaun yang sepatutnya beberapa bulan yang lalu kena hantar . Tapi siapa yang tak kenal shirah tahap kemalasan pasal hal-hal macam ni kan ... But don't be faster to judge me . Shirah dah siapkan separuh darinya . Tinggal lagi suku part yang belum siap . Masih dalam proses .. hehe ..

Ok shirah rasa malas pula nak cerita panjang-panjang sebabnya mata ni sekejap pandang tv tengok cerita hindustan ni ... bestlah pula . petang nanti ada cerita hindustan lagi .. Mohabbatien ( betul kot ejaannya) .. So hari ni akan menyaksikan cerita hindustan saja tapi sebenarnya setiap hari sabtu memang ada cite hindustan yang best-best ... Jangan sampai tak pergi sembahyang terawih malam ni sudahlah kan ? Ok lah ...

Wassalam ...

Selamat menjalani ibadah puasa & selamat berbuka puasa !!!!

with my beloved brother !!

Thursday, June 20, 2013

Result Exam and Target !!!

Assalamualaikum ... Lme rsenya tak update blog shirah ni . ehmm entahlah sebab apa tapi yang pasti mungkin dsebabkan hal sekolah rsanya . Yelah sekarang ni dah msuk pertengahan bulan 6 so kena serius belajar sikit nak SPM tu !!!!! Dlam hati ni rasa gembira sebab dah nak habis sekolah tapi risau untuk menempuh SPM tu ... Tapi x pe untuk masa depan , kenalah laluinya kan ?

Bulan lepas telah pun selesai peperiksaan pertengahan tahun SPM .... keputusan belum keluar lagi tapi mengikut markah dari semua kertas peperiksaan shirahlah kan , shirah rasa ok tapi markah menurun ... huhuhu ... tak tahu nak cakap macam mana . Tapi harap-harap kedudukan dalam kelas nanti tak turun ... sebabnya nanti ibu bapa kena datang sekolah .. shirah takut ayah tanya pula kenapa markah turun . ni mesti shirah main-main kan ? hem entahlah , padahal exam hari tu dah beria belajar sampai terpaksa bangun pukul 4 pagi nak belajar . Mungkin caranya tak kena kut kan ? x pelah masih boleh berusaha lagi .

Sesuatu telah berlaku semalam di mana cikgu panggil nama shirah di perhimpunan . Shirah tak tahu kenapa tapi lepas perhimpunan , shirah pergilah jumpa cikgu tu then dia cakap shirah antara salah seorang pelajar target . Tapi yang lainnya, ni bukan sekolah yang target tapi jabatan .. Oh my God ! What i must do ? shirah tak sangka sangat . Selama ni shirah cuma fikir kalau kita jadi pelajar target , susah sangat sebab tanggungjawab yang diberi tu berat sangat . Shirah tak tahulah sama ada shirah mampu ke tidak nak pikul tanggungjawab tu tapi shirah akan cuba dulu sebabnya lepas ni shirah ada 8 bengkel yang kena hadiri untuk mantapkan matapelajaran yang shirah ambil ... banyak kan ? Tapi demi mencapai target yang ditetapkan , shirah kena buat dan usaha lebih untuk mencapainya .. 

Doakan semoga shirah akan berjaya dalam SPM yang tinggal hanya beberapa bulan saja ni .. Semoga shirah   dapat mengembirakan ibu bapa shirah dengan kejayaan yang shirah kecapi serta dapat mencapai cita-cita shirah yang nak melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi pula lepas ni . InsyaAllah ... Doa mak abah sentiasa bersama shirah .. Amin ...

Monday, May 13, 2013

Selamat Hari Ibu ...

Assalamualaikum ... Tajuk yang sangat menarik untuk hari ini .. Sempena hari ibu shirah ingin menulis risalah about my mom ... kepada ibuku yang bernama Rodziah binti Abdul Murad yang sangat kucintai dan yang paling ku sayangi ... walaupun mak selalu marah-marah dan membebel setiap hari tapi shirah tahu itulah peranan sebagai seorang ibu yang harus sentiasa menasihati anak-anaknya . Shirah ni jenis yang tak tahu nak luahkan sesuatu . So shirah cuma tulis di fb apa yang tersirat dalam hati ni . Then, tag fb my mom and my mom dah pun bacanya . And mak shirah cuma like nya saja . Tapi shirah tak kisah sekurang-kurangnya shirah dah luahkan dan dah jalankan tanggungjawab shirah untuk buat mak happy ... Mungkin lain kalilah shirah akan ada keberanian untuk luahkan terus pada mak . Buat masa sekarang ni memang tak boleh . huhuhu ... jadi kepada anda semua yang tidak berani macam shirah ni , kita kan sekarang ni hidup dalam dunia teknologi , so kita pun kena berfikiran kreatif sikit . hehe pandai sangat nak nasihatkan orang lain kan . Tapi kalau nak berkongsi tak salah kan . So shirah rasa shirah dah tak ada yang nak dikatakan lagi , shirah cuma berdoa moga shirah menjadi anak yang solehah dan akan sentiasa dibawah penjagaan iman yang tinggi untuk terus menyayangi dan menjaga mak dan abah hingga akhir hayat . Aminn ....



Wassalam ....

Thursday, April 25, 2013

Cinta ..

Assalamualaikum w.b.t ... tajuk shirah hari ini agak mengancam ye . Tak pe kan sekali-sekala nak berfeeling-feeling sekejap . Apa orang kata tu ? Jiwang? hem .. shirah kalau ada kawan yang bercakap tentang cinta , shirah tak rasa apa2 .. huhu . bukan sebab shirah tak ada perasaan cuma shirah fikir untuk apa nak cerita pasal cinta yang tak tahu ke mana arah tujunya tu . Shirah percaya pada jodoh yang telah disediakan oleh Allah untuk kita . Allah telah tetapkan jodoh yang baik untuk kita dan InsyaAllah akan membimbing kita ke jalan kebaikan . 

Apa itu cinta ?


Haa... itulah cinta ... susah untuk kita mencari sejati di atas muka bumi ini .. Shirah percaya pada cinta tapi shirah lebih percayakan cinta selepas kahwin yang dikatakan lebih barakah .. Banyak nikmat yang kita peroleh dari cinta selepas kahwin . Jadi kepada yang sedang hangat bercinta sekarang ni , ingatlah adakah cinta itu cinta yang diredai oleh Allah ? Hanya Allah yang tahu .. Kalau niat di dalam hati itu baik , InsyaAllah Allah akan memberkati cinta kalian itu . Shirah sarankan kepada akak2 di luar sana yang sedang bercinta tu , cuba tanya kepada pasangan anda , apa yang dia harapkan dari hubungan kalian ? Adakah dia berniat ingin menjadikan anda permaisuri hidupnya @ sekadar ingin menunjuk-nunjuk ? Maaflah kalau setiap apa yang shirah perkatakan ini menyinggung perasaan pembaca2 semua ... macam ramai je .. hehe .. Shirah hanya mengemukakan cadangan dan pendapat shirah sendiri saja . Tidak melibatkan sesiapa pun ... 


Berserah segala-galanya pada Allah adalah jalan terbaik untuk kita . Tidak perlu kita menggunakan perkhidmatan syaitan untuk mendapatkan cinta . Berdoa dan bertawakkal adalah jalan penyelesaiannya . Allah sentiasa tahu apa yang tersimpan di dalam hati kita . Biarlah kita menyembunyikan perasaan cinta daripada menghebahkannya kepada khalayak ramai . 

Wahh .. terlebih feeling shirah hari ni . sekadar berkongsi pendapat kepada orang lain agar tidak lupa kepada Allah . Cinta abadi kita sebagai umat Islam ... 


Sekian saja dari shirah untuk semua .. haha

Wassalam ...

Saturday, April 20, 2013

What !!!

Assalamualaikum ... Ape maksudnya tittle shirah tu kan ? shirah sebenarnya tak tahu ape nak tulis . Shirah saja nak update blog ni yang sekian lama tak dibuka . Namun  ...cewahh ... shirah rasa shirah tulis jelah ape yang shirah rasa nak tulis kan .. So harap dimaafkan klau apa yang shirah upate tak kena je ... 

So i think i want to write about one face product that i wear since in this month . (maaf klau bhasa inggeris shirah kurang cmerlang ) Produk ni diperkenalkan dari seorang mak cik ni yang kata kulit dia banyak perubahan bila pkai produk ni , so dia suruh shirah try juga . jadi disebabkan rasa hormat dan kepercayaan yang tinggi shirah pun turut serta memakainya . Dan buat masa sekarang , shirah rasa produk ni sangat bagus cuma tak boleh cerita lebih-lebih sebab shirah baru sebulan menggunakannya . shirah hanya boleh ceritakan berdasarkan perubahan awal yang shirah nampak . Ok dah panjang lebar shirah cerita , apa kata shirah perkenalkan produknya . Prouk ni tak terkenal sangat macam produk garnier, nutox or whatever product . produk tradisional yang penuh khasiat buah-buahan tempatan di dalamnya saja . 



Tadaa . nilah produknya . PAPAYA WHITENING SOAP BAHARU !!! Shirah pernah pakai produk ni dulu tapi shirah rasa tak sesuai terus je tukar produk lain . Bila mak cik tu kata dia pakai produk ni , shirah rasa curiga juga tapi shirah cuba pakai dan sabar memakainya . Produk berasaskan betik ni sangat baik tapi bergantung kepada jenis kulit seeorang itu sendiri . So, shirah pun dah tak tahu nak cerita apa lagi .  maybe ini saja yang dapat shirah ceritakan tentang produk ni .Oh ya , tentang harga jangan risau sebabnya produk ni cuma berharga dalam 5 or 6 ringgit shaja ., Tapi di tempat shirah beli ni , harganya cuma RM4 sahaja . Murahkan . Tak perlu berbelanja mahal untuk produk kecantikan . hehe 

Wassalam ...

Tuesday, March 26, 2013

Netball team ...

Assalamualaikum ... Lmanya shirah tak update blog shirah ni kan ..? Disebabkan kesibukan dengan sekolah . Terutamanya pasal tajuk yang shirah tulis kat atas tu . Cer tengok . Cer tengok . hehe . Pada tarikh 18 march 2013 , telah berlangsungnya pertandingan bola jaring di SK Tiara Permai . Perasaan berkobar-kobar untuk main dan memenangi pertandingan dirasai sejak malam sebelum pertandingan lagi . Sampai tak lena tidur ooo ... Tapi Alhamdulillah , kejayaan yang telahdipeoleh pada hari khamis minggu lepas , shirah rasa berpuas hatilah daripada tak dapat tempat kan . Maknanya sekolah shirah pun hebat juga lah kan . heee . I pround with my school okeyyy ..Nak tahu tak perjalan sepanjang hari pertama  pertandingan ini berlangsung . First game , kitaorang bertemu dengan SMK Bandar Baru Ser Petaling . Alhamdulillah kitaorang menang . Tak ingat pulaklah berapa score nya . Game kedua bertemu dengan SMK Seri Cempaka . huhu .. Kami kalah dengan sekolah ni . kalah teruk ooo about 11-1 .banyak tak score diorang ? Banyak kan ? Tapi walau macam manapun , kitaorang masih berpeluang masuk ke suku akhir . Di suku akhir , kitaorang bertemu dengan SMK Seri Petaling . Alhamdulillah kitaorang menang game ni . Happy sangat sebab suku akhir adalah kalah mati . Next game , bertemu dengan SMKTTDI . ketaq lutut jugaklah bila nak lawan diorang . Tapi Alhamulillah kitaorang dapat kalahkan diorang . Ya Allah tak terkata lah bila menang dan secara langsungnya kami dapat tempah nama ke separuh akhir . Dan biasalah dalam pertandingan ni , mesti ada hasad dengki kan . Kitaorang pun tak terkecuali dalam kes ni . Tapi biarlah kan , yang penting kita tak berdendam dengan diorang juga . Tak baik okeyyy ! Jangan  buat okeyy ! 
Dan pertandingan disambung semula pada hari khamis dengan perlawanan separuh akhir . Perlawanan pertama kami bertemu dengan SMK Bandar Tasik Selatan . Kami kalah dalam first game ni . Walaubagaimanapun , kitaorang still want to win . Game kedua bertemu semula dengan SMK Seri Cempaka . tapi kali ni game ni shirah suka sebabnya kitaorang tak kalah teruk macam first day . Walaupun kalah , tapi kalah dengan penuh maruah . Happy dan tak rasa malu sebab kalah . Jadi keputusannya kami mendapat tempat ke-4 .. Jadi pertaningan ini ah pun menutup tirainya . hadiah dan sijil telah kami menangi . Alhamdulillah . Here some picture of me and my friend .

 Ini gambar shirah dan my twin .
Balik naik KTM tau . Kesian kat kami .

Dah tamat . Yehhhh!!!

Nampak tak muka penat shirah( hujung kiri) ..

Kenangan terakhir shirah dengan team netball .. huhu

Hoho .. Tamatlah sudah kisah netball shirah kali ini . Moga terus berusaha untuk memperbaharui tajuk dan jalancerita yang lebih menarik . InsyaAllah ... 

Wassalam ....