Tuesday, March 26, 2013

Netball team ...

Assalamualaikum ... Lmanya shirah tak update blog shirah ni kan ..? Disebabkan kesibukan dengan sekolah . Terutamanya pasal tajuk yang shirah tulis kat atas tu . Cer tengok . Cer tengok . hehe . Pada tarikh 18 march 2013 , telah berlangsungnya pertandingan bola jaring di SK Tiara Permai . Perasaan berkobar-kobar untuk main dan memenangi pertandingan dirasai sejak malam sebelum pertandingan lagi . Sampai tak lena tidur ooo ... Tapi Alhamdulillah , kejayaan yang telahdipeoleh pada hari khamis minggu lepas , shirah rasa berpuas hatilah daripada tak dapat tempat kan . Maknanya sekolah shirah pun hebat juga lah kan . heee . I pround with my school okeyyy ..Nak tahu tak perjalan sepanjang hari pertama  pertandingan ini berlangsung . First game , kitaorang bertemu dengan SMK Bandar Baru Ser Petaling . Alhamdulillah kitaorang menang . Tak ingat pulaklah berapa score nya . Game kedua bertemu dengan SMK Seri Cempaka . huhu .. Kami kalah dengan sekolah ni . kalah teruk ooo about 11-1 .banyak tak score diorang ? Banyak kan ? Tapi walau macam manapun , kitaorang masih berpeluang masuk ke suku akhir . Di suku akhir , kitaorang bertemu dengan SMK Seri Petaling . Alhamdulillah kitaorang menang game ni . Happy sangat sebab suku akhir adalah kalah mati . Next game , bertemu dengan SMKTTDI . ketaq lutut jugaklah bila nak lawan diorang . Tapi Alhamulillah kitaorang dapat kalahkan diorang . Ya Allah tak terkata lah bila menang dan secara langsungnya kami dapat tempah nama ke separuh akhir . Dan biasalah dalam pertandingan ni , mesti ada hasad dengki kan . Kitaorang pun tak terkecuali dalam kes ni . Tapi biarlah kan , yang penting kita tak berdendam dengan diorang juga . Tak baik okeyyy ! Jangan  buat okeyy ! 
Dan pertandingan disambung semula pada hari khamis dengan perlawanan separuh akhir . Perlawanan pertama kami bertemu dengan SMK Bandar Tasik Selatan . Kami kalah dalam first game ni . Walaubagaimanapun , kitaorang still want to win . Game kedua bertemu semula dengan SMK Seri Cempaka . tapi kali ni game ni shirah suka sebabnya kitaorang tak kalah teruk macam first day . Walaupun kalah , tapi kalah dengan penuh maruah . Happy dan tak rasa malu sebab kalah . Jadi keputusannya kami mendapat tempat ke-4 .. Jadi pertaningan ini ah pun menutup tirainya . hadiah dan sijil telah kami menangi . Alhamdulillah . Here some picture of me and my friend .

 Ini gambar shirah dan my twin .
Balik naik KTM tau . Kesian kat kami .

Dah tamat . Yehhhh!!!

Nampak tak muka penat shirah( hujung kiri) ..

Kenangan terakhir shirah dengan team netball .. huhu

Hoho .. Tamatlah sudah kisah netball shirah kali ini . Moga terus berusaha untuk memperbaharui tajuk dan jalancerita yang lebih menarik . InsyaAllah ... 

Wassalam ....

Thursday, March 7, 2013

Add Math ...

Assalamualaikum .. hehe tajuk shirah hari ni agak lain skit . ntahlah mood nak tlis pasal add math pulak yang timbul . x pelah kan . semua orang boleh terima kan tajuk ni ? whatever ~ add math satu mata pelajaran yang bagi shirah ianya tak senang dan tak susah asalkan kita tahu cara nak memahaminya . hah ! shirah tahu kenapa tiba-tiba nak tulis pasal add math , sebab esok exam paper add math . mungkin subjek ni dah berlegar-legar dalam fikiran kan . 

Haaah ... nampak tak cara dia tulis formula dan cara untuk faham satu bab tu . hish3 .. serabutnya shirah tengok . kalau lah nota shirah macam ni , mesti lepas dah habis jawab terus remukkan dan buang sebabnya tak faham ape2 pun . X pelah . mungkin ade orang yang selesa buat macam ni . Nak tahu cara shirah buat nota pulak tak ?


Lebih kurang macam nilah nota add math shirah . sangat teratur sebab shirah ni jenis yang susah nak faham pasal kira-kira terutamanya so kenalah buat macam ni supaya bila shirah nak baca balik senang lah .Tulisan dah lebih kurang dah . tak terlalu besar dan tak terlalu kecil . so it mean cute lah kan .? haha terperasan sikit . esok exam add math so kena tengok balik nota semua . then do some exercise to make me more confident for exam tomorrow . cewahh .. hope sangatlah esok . Ya Allah bantulah aku supaya hati dan akal aku mudah untuk belajar dan menerima ilmu . Aminn. oklah sekian saja dari shirah pada petang yang inah ini . hehe jiwang pulak lah petang2 ni . tapi tak pelah sekali sekala kan . hahahaha 


Wassalam ..



Tuesday, March 5, 2013

Pixy UV Whitening ...

Assalamualaikum . berkaitan tajuk di atas . ape tu produk pixy ? mungkin x ramai orang tahu tentang produk pixy ni .Shirah sendiri pun dapat tahu dari kawan yang pernah pakai sebelum ni tpi sekarang dye dah tak pakai dah . nak tukar produk lainlah katakan . Shirah pun tukar produk lain so shirah pilih produk pixy ni . Setakat ke hari ni shirah pakai nampaknya baik sebabnye kalau kte apply bedak dye , muka kte x berminyak pun . First time shirah pakai , Shirah fikir muka shirah akan berminyak sakan tapi bila balik rumah tengok dekat cermin ok je . Nampak tak berminyak pun . Shirah menggunakan bedak nye bila nak ke sekolah  dan produk pixy ni jugak ade foundation tau . biasanya shirah akan apply foundation tu bila nak kluar pergi mana2 ke @ aktiviti shirah pada hari tu terdedah dengan matahari . Ia bertindak seperti sunblock . Memang selesa pakai , feel more confident . 

ni adalah sarung kotak nya . sangat kecil tpi jangan risau , ada saiz besar . shirah saja beli yang kecil , nama pun test pakai . kalau dah serasi baru beli saiz besar pulak kan .

ini pula foundation nya . pun kecil juga tapi sure boleh tahan lama bergantung berapa kali u guna lah . Smooth , boleh apply dengan span kering @ basah dan ada juga yang guna brush . bergantung pada diri sendiri .


So , produk ni setakat ni sesuai dengan jenis kulit shirah . selalunya kalau produk tu tak sesuai dengan kulit , akan muncullah jerawat yang tak diundang . Shirah dah pakai produk ni pada minggu lepas masa pergi kenduri kahwin . Lepas ni u all boleh try pulak . harganya berpatutan . shirah beli hari tu harga kedua-dua sekali RM23 . Di sini disertakan juga gambar shirah sewaktu menggunakan produk ni minggu lepas .




Wassalam ...