Thursday, January 31, 2013

Hatiku gelisah...

Assalamualaikum .. hah ape yang gelisah sangat lah shirah ni kan . X de ape2 sbnarnye cuma bila mengetahui bahawa 21 ari blan nnti akan mula exam intervensi 1 SPM , membuatkan hatiku gelisah menantinya . Apa yang mesti shirah buat sekrang ni . Tapi shirah yakin shirah boleh . Allah akan sentiasa ade di sisi untuk membantu . InsyaAllah . I hope u guys also will pray for me for my success soon . (betul ke shirah tulis tu ?) Entahlah. masih berjinak-jinak nak bercakap bahasa inggeris pulak . Disebabkan dah terlalu lambat baru nak practice , memang payahlah kan . Tapi x pe truskan usaha ye shirah . 

Muka ku yang aku tengok pun naik menyampah .
^_^

Saturday, January 19, 2013

Mimpi Si Dia..


Assalamualaikum...
pembukaan dengan gambar shirah yang terlebih happy pulak . Waktu kenduri kahwin my untie pada awal bulan 12 yang lalu . Bukan nak cerita pasal gambar ni sebenarnya .Seperti tajuk yang tertera di atas, shirah nak ceritalah pasal mimpi shirah baru2 ni . Shirah dah jadi secret admirer si dia sejak shirah di tingkatan 1 lagi . Tapi tahun ni shirah form 5 dan si dia dah habis sekolah  tahun lepas . Beberapa hari yang lalu, shirah ada cakap yang shirah x tahu mana dia sekarang and then bila malam shirah mimpikan dia . Shirah x nak cite mimpi tu macam mana tapi jangan salah faham ok. mimpi yang baik2 je . mimpi shirah belajar 1 kelas dengan dia . Shirah sekarang belajar di kelas yang diberi nama 5 Sains 2 . Si dia dulu pun sama kelas dengan shirah . Nampak x persamaan tu ?: hehe kebetulan sajalah . Perasan lebih je shirah ni kan ? Shirah dah janji pada diri ku ini agar melupakan dia seketika bagi memberi tumpuan pada SPM . Cewahhh ! 
Oklah shirah hanya manusia biasa yang mampu berdoa agar dipertemukan jodoh yang soleh dan baik . Itu semua adalah kerja Allah .

Wassalam ...

Wednesday, January 16, 2013

Tak bertegur lebih tiga hari...

Assalamualaikum ...

Well,tak tahu nak tulis ape n td shirah ade buka blog yang memang setiap kali on9 mesti intai blog tu jgak . Blog dari NISAKAY . Shirah rsa akak nisa ni bukanlah asing lagi dalam dunia blogger ni . Shirah pun tak terlepas dari menjadi pengikutnye . Ari ni akak nisa update pasal tajuk yang shirah tulis di atas . Ape agaknye kan ? nah shirah copy paste je dari blog akak nisa .


Hadis mengenai sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa umat yang memutuskan hubungan kekeluargaan tidak akan masuk syurga..

Well.. dalam hidup ni kita ada banyak masalah kan? Ohh abaikan masalah-masalah haiwan dalam topik ini. Saya hendak bercerita mengenai kita, manusia yang tidak lekang dari melakukan kesilapan.. Dalam hidup sehari-hari kita pasti ada melakukan kesilapan.. sama ada sengaja atau tidak.. sama ada disedari atau tidakk..

Alang kan sesama ahli keluarga sendiri pun kita boleh bergaduh, inikan pula dengan rakan-rakan dan kenalan sekeliling. Kita manusia TIDAK SEMPURNA.. Tidak akan ada manusia yang tidak pernah melakukan dosa dan kesilapan.. Begitu juga aku.. Namun pada kebanyakan masanya kita tidak menyedari adakah perlakuan atau percakapan kita telah membuat ada pihak terguris, terasa hati atau membenci kita?

Kita manusia lemah pada dasarnya, terlalu mengikut hasutan syaitan yang ingin melihat anak-anak Adam berpecah belah. Terlalu kita berpegang dan tunduk pada ego, hinggakan ucapan maaf itu kita tidak pernah ucapkan. Aku jugak pernah merasakan begitu. Aku fikir,”Kenapa aku yang kena minta maaf sedangkan pihak yang satu lagi itulah yang bertindak memutuskan silaturahim?”

TAPI pernahkah kita fikir bahawa mungkin pihak yang bertindak sedemikian sebenarnya ada terguris hati dengan kita? Mungkin terdapat perlakuan kita atau pertuturan kita yang telah membuatkan beliau terasa hati? INGATLAH bahawa kita tak boleh expect semua orang untuk get along dengan kita, nak faham kita sedalam-dalamnya dan menurut kemahuan kita sahaja pada setiap masa.. lebih-lebih lagi dengan orang yang kita baru kenal atau baru nak rapat.

Dalam hal sebegini, kita akan merasa bahawa kita tidak bersalah. Tapi pihak yang satu lagi tu pun akan rasa dia juga tidak bersalah. Apabila perselisihan faham berlaku, dan kedua-dua pihak itu ego dan tidak mahu bermuhasabah untuk mencari jalan penyelesaian, maka terjadilah “tidak bertegur sapa”. Dan apabila sudah lebih 3 hari tidak bertegur sapa, maka ianya jatuh hukum berdosa.

See? Allah taknak hambaNYA berpecah-belah sebab baru bermasam muka 3 hari dah dapat dosa kan? Allah sayangkan hamba-hambaNYA, maka dalam Islam sering mengajar kita mengenai keamanan, mengukuhkan silaturahim dan pelbagai nilai murni yang lain. Tapi kita nak ke pergi meminta maaf, walaupun dalam hati kita ni kuat mengatakan “AKU TAK SALAH!”

Rasulullah saw bersabda Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

Dalam islam,kita tak boleh tak bertegur dengan orang lebih dari tiga hari. Kita perlu menegur orang itu walaupun hanya untuk mengucapkan salam,WALAUPUN sebenarnya dia yang memutuskan silaturahim. Selepas kita tegur,tapi dia buat tak tahu je,itu urusan dia dengan Allah,yang penting kita dah usaha.

Di atas merupakan status facebook yang aku maksudkan tadi… cuba kita renung kembali, ada tak kita bermasam muka, berselisih faham sampai tak bertegur dengan kawan-kawan atau ahli keluarga? Kita rasa kita tak salah kan, dan pihak yang lagi satu tu pun begitu juga. Jadi WHY NOT kita yang ambil langkah pertama untuk menjernihkan semula hubungan?

Tak ada rugi kalau kita yang meminta maaf dan menegur semula rakan yang telah bermasam muka dengan kita itu.. Mungkin benar ada salah kita.. atau mungkin ada masalah-masalah yang tidak dijangka timbul. Tidak ada alasan untuk tidak meminta maaf. Malah kalau kita tak bersalah sekalipun, meminta maaf akan meningkat darjat kita sebagai manusia…

Jadi, renung-renungkan ye kawan-kawan dan pembaca yang disayangi sekalian.. Hal yang aku tulis kali ini sedikit sebanyak ada kena mengena dengan aku juga.. Aku juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan…  Dan aku juga ingin memohon maaf dari insan-insan yang mungkin aku telah sakiti sama ada secara sedar atau tidak…

Shirah pun ade kawan yang mempunyai masalah seperti ni . Tak bertegur begitu lama . Bukannye setakat 3 hari tapi rsenye dah masuk berbulan-bulan . Shirah sebagai kawan hanya boleh nasihat sajalah . Yelah siapalah shirah nak nasihat orang lebih-lebih . Ilmu di dada belum cukup tinggi lagi . So, (cewahh!) (Dahlah dekat sekolah tadi first time speaking english dengan cikgu Bahasa Inggeris . Selama 2 tahun belajar dengan dia , tak pernah lagi shirah nak speaking .) Enough,dah lari topik ni . Jadi, Shirah harap artikel yang shirah ambil dari blog orang lain ni , dapat memberi pengajaran kepada kita semua . Semoga Allah sentiasa melindungi kta semua dari sesuatu yang dilaknat Allah . InsyaAllah ...

Wassalam ...

Wednesday, January 9, 2013

Sekolah

Assalamualaikum .. 
Hari ni shirah adalah masa skit untuk update blog ni yg senyap sjak bermulanye sesi pesekolahan mggu lpas . sekrang dah masuk mggu ke-2 , so this is beginning for homework n whatever ! Thun ni x thulah shirah nak kte thun ape tpi yg pasti thun yg perlu lebih serius sebab thun nikan nak SPM . Sepanjang 2 minggu bersekolah ni , adelah perkara yang menyenangkan & x menyenangkan di dalam kelas iaitu :

  • Dilantik menjadi penolong ketua kelas . Memang sesuatu yang x dapat dijangka langsung  untuk jadi penolong . Shirah fdah azam sejak masuk sekolah menengah ni dah pencen nk pegang jawatan tu lagi .Selama 5 tahun berada di sekolah menengah, form 5 baru dapat jawatan ni . x pelah . Agap sajalah ni sebagai 1 kenangan yang boleh dicipta sebelum mengangkat kaki pergi dari alam sekolah menengah ( cewahhh!!) 
  • Classmate baru yamg baru masuk semalam . seorang pelajar lelaki yang nampak macam baik dan bijak . Ada pesaing baru nampaknya ni . So caiyokk2 Shirah . haha . Mungkin bg kwan kelas yang lain dye hensem ehmm bolehlah bg shirah tpi x terpikat pun . tapi teringin nak berkawan macam shirah berkawan dengan orang lain juga . Tapi shirah segan .yelah shirah ni bukan nye sorang yang peramah nak tegur orang yang baru kenal . Tapi i'm sure,soon we will be friend . InsyaAllah ....
Anyway , setakat ni 1 permulaan yang baik di tahun baru ni . yelah baru 2 minggu sekolah . Minggu seterusnya x tahulah cam ne kan . Belang yang disembunyikan sekarang ni akan muncul jugak nnti kan. Hish hish hish ... Tak baik bersangka buruk dengan orang @ sesiapa jelah . Tk mau cm ni shirah .tak mau ..! hehe

TERUS BERUSAHA UNTUK SESUATU YANG HASILNYA AKAN MENGEMBIRAKAN SEMUA